FEBRUARI 2023

Abang Johari Terima Kunjungan Hormat Menteri KPDN


KUCHING, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub bertempat di kediamannya di Petra Jaya hari ini. 

Kunjungan berkenaan antara lain membincangkan beberapa perkara berkaitan pelancaran Menu RAHMAH di seluruh negara yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup. 

Menu RAHMAH adalah Private Driven Initiative atau inisiatif yang dipelopori oleh syarikat swasta secara sukarela. Kerajaan tidak menentukan harga, kaedah pelaksanaan, bahan-bahan, menu, serta lauk yang mesti dijual.

Sumber dari : Sarawakku